Wednesday, May 27, 2009

"SANGKA BAIK"

Salam Motivasi dan Salam Perjuangan...

Asalamualaikum dan selamat pagi yang beraura kerjayaan. Kadang-kadang benar kata-kata bijak pandai, "MENGUBAH STUKTUR SESEBUAH BANGUNAN LEBIH MUDAH DARIPADA MENGAJAK MANUSIA UNTUK BERJAYA" seperti yang terjadi pagi kelmarin, bila aku sms rakan-rakan untuk promosi 1 seminar buka minda yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Tawau , Sabah, yang di anjurkan oleh sebuah syarikat Consultant, dalam banyak-banyak respon yang aku terima, aku tertarik dengan satu balasan sms dari seorang rakan yang memang antara yang aku kagumi dalam hidupku, antara lain bunyi smsnya adalah seperti berikut :- "BAGUS TU, BERAPA LAMA AGAKNYA AKU BOLEH JADI JUTAWAN" memandangkan seminar tersebut lebih menjurus buka minda untuk menjadi jutawan. Kemudian diikuti ayat ini.....hehehehehe. Kalau didalami soalan tersebut memang orang ini cukup hebat dengan pertanyaannya, tetapi akhir ayatnya menampakkan seakan beliau seperti memperlekehkan pelawaanku. Tapi aku ambil 1 pendekatan, iaitu sangka baik. cuma yang mampu aku balas adalah seperti berikut :- "PETANG NI PUN BOLEH JADI, TAPI SEMUANYA DARI DIRI SENDIRI, SYARAT SANGKA BAIK DAN YAKIN DENGAN KUASA ALLAH SWT. SEBAB TIADA YANG MUSTAHIL DIMUKA BUMI INI DENGAN KEKUASAAN DARI ALLAH SWT. Lepas tu tiada balasan yang aku terima lagi. Berdasarkan dari apa yang berlaku , aku buat rumusan, kenapa dimuka bumi Allah SWT ini masih banyak yang hidup susah, kerana mereka sendirilah yang memilih untuk susah. Tidak yakin dan percaya dengan kehebatan diri sendiri, kan kah Allah SWT pernah berfirman antaranya "KUCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. kita semua memiliki 24 jam sehari, tetapi masih banyak yang hidup dalam kesusahan, kenapa ini berlaku? sebab kebanyakkan golongan ini, tidak berani menghadapi risiko untuk mengubah cara hidup.

Seandainya anda berminat untuk menyertai seminar ini sila hubungi saya terus
anda tidak akan menyesal menyertainya.

FIKIR-FIKIRKAN...

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan