Friday, May 22, 2009

BERUNTUNGNYEEE HIDUP DI BUMI MALAYSIA..



Salam Jumaat..salam motivasi..salam perjuangan

Memang beruntung sangat-sangat hidup dibumi Malaysia nie, apatah lagi kalau hidup sebagai warganegara. Lihat saja dengan tuah mangsa-mangsa kebakaran di Kg.Muslim yang bukan rakyat tempatanterus dihujani bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak yang bermurah hati di WP Labuan ini. hehehehe.....(apakah kita akan dapat bantuan yang sama jika kita berada di Negara mereka?) Pagi tadi sekali lagi saya berpeluang meninjau-ninjau ke kawasan penempatan mangsa kebakaran ini, dari apa yang saya nampak bantuan dari segi makanan terus dicurahkan. Ramai sukarelawan yang datang membantu untuk memunggah barang-barang ini.Saya dikhabarkan juga esuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Hj.Mohd.Yassin akan datang untuk membuat lawatan , melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa kebakaran ini. Sempatlah juga saya merakamkan gambar persiapan Pekerja-pekerja Perbadanan Labuan memasang kem-kem untuk para VVIP esuk. Sempatlah juga saya bersembang dengan mereka ini mengenai dengan kemurahan hati kita terhadap mangsa. Betul juga kata mereka, Apabila musibah menimpa orang tempatan, ada-ada saja masalah untuk mangsa ini mendapat bantuan. Bahkan sehingga kini masih ada orang tempatan yang mengalami musibah, belum mendapat bantuan dari pihak yang bertanggungjawab. Itu kata mereka, apa kata anda...saya takut juga kata pepatah BERUK DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN menjadi kenyataan....FIKIR_FIKIRKANLAH...

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan