Tuesday, May 26, 2009

"KIFARAH ATAS PERBUATAN LAMPAU"

Salam Perjuangan dan salam motivasi.

Alhamdulilah...masih mempunyai kesempatan untuk bernafas di Bumi Allah yang penuh dengan sumber rezeki ini. Pagi ini saya didatangi oleh seorang kawan, beliau mengadu kepada saya tentang masalah yang dihadapinya. Banyak pekerjaan yang sudah beliau lakukan, akan tetapi belum satu pun mendatangkan hasil, saya termenung sebentar, kerana saya bukanlah motivasi hebat untuk memberi beliau nasihat, akan tetapi berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, saya hanya mampu untuk mengatakan ianya adalah kifarah, atau hukum karma. Cuba kita imbas balik, perkara-perkara yang pernah kita lakukan. Sejauh mana kita minta keampunan dari yang maha Esa. Begitu juga kesalahan kita dengan sesama mahkluk, cuba kita renungkan balik. Tapi kalau selama ini kita tak pernah buat jahat dengan orang lain, kita ambil saja iktibar dari kata-kata ini..."APABILA KITA IMPIKAN SESUATU,SENANG KITA DAPAT,MAKSUDNYA ALLAH SWT SAYANG DENGAN KITA, TAPI BILA SUSAH HENDAK DAPAT,MAKSUDNYA ALLAH SWT UJI KITA, TETAPI BILA KITA IMPIKAN TAK PERNAH DAPAT,MEMBAWA MAKSUD ALLAH SWT,MAHU MENGGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK LAGI DARI APA YANG KITA IMPIKAN.Sedangkan RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH SWT lagi mendapat ujian, apatah lagi kita...LU SAPA?????

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan