Selagi Nyawa dan Nafas terus berdetik dan menghembus.... pejuangan ini tak akan terhenti.....
Tuesday, May 19, 2009
"BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL"
Salam Motivasi, salam perjuangan dan salam jutawan. Semasa saya sibuk menyemak kerja-kerja yang tertangguh akibat daripada ketiadaan saya selama beberapa hari ini, tiba-tiba saya dihubungi oleh rakan kongsi saya untuk mengajak saya ke Kompleks Sukan Labuan untuk menguruskan hal berkenanaan peluang perniagaan disana, saya terus bersetuju. Tanpa menyedari stuasi yanng berlaku disana. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati suasana disana sungguh meriah dengan kehadiran mangsa-mangsa kebakaran yang ditempatkan disana. Tujuan pada asalnya untuk bertemu dengan Pegawai JBS,akhirnya kami batalkan , oleh kerana Pejabat JBSWPL terpaksa dipindahkan sementara waktu ke Ujana Kewangan. Bila sudah berada disana, saya mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau mangsa-mangsa tersebut.Alangkah kasihan dengan keadaan mereka ini( dari gambar yang dipaparkan). Memang ,Rata-rata mereka hanya memiliki dokumen IMM 13 dan ramai juga yang langsung tidak memiliki apa-apa dokumen. Akan tetapi , atas dasar kemanusiaan kita wajib memberikan bantuan , sama ada dalam bentuk wang , makanan,pakaian dan sebagainya. Walaupun seperti yang kita sedia maklum, Ramai pihak sudah pun memberikan bantuan antaranya Menteri Wilayah Persekutuan RM 300 ribu, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM 300 Ribu, Pejabat Parlimen Labuan RM 50 Ribu, Labuan Liberty Port RM 26 Ribu.Akan tetapi melihat stuasi yang berlaku tadi menuntut kita terutama warga Labuan yang Allah SWT berikan kelebihan untuk terus menghulur bantuan untuk mangsa ini. Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika saya berpeluang bertemu dengan beliau, memaklumkan bahawa pihak Jabatan mengalu-alukan sumbangan kepada mangsa-mangsa ini , terutama dengan kos makan & minum. Dari apa lagi yang beliau maklumkan bahawa , sehingga kini belum ada lagi kata putus dibuat untuk menempatkan mangsa-mangsa kebakaran ini. Balik saja dari Kompleks tadi , saya berfikir sesuatu, alangkah senang dan mudahnya kerja yang akan dilakukan andainya di Labuan ini ramai orang Islam yang kaya raya, agar sama-sama dapat berbakti atas sifat tolong menolong sesama insan.Renung-renungkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment