Friday, May 29, 2009

"HIDUP HANYA SEKALI"

Salam Motivasi salam perjuangan...

Selamat berhari JUMAAT, bagaimana kehidupan anda sekarang? saya doakan agar sentiasa diberkati dan murah rezeki. Kepada yang telah mencapai kecemerlangan dalam hidup tahniah diucapkan, cuma jangan mudah lupa diri, sebab setiap apa yang kita miliki hari adalah hak mutlak yang maha pencipta. Hari ini kita hanya meminjam, bila tiba masanya kita semua akan kembali kepadanya.Teringat akan saat kita kembali kepadanya, saya bertakafur seketika, teringat akan kata-kata Guru saya, "Hidup hanya sekali, capailah kecemerlangan, sebab tiada manusia yang dapat peluang untuk hidup kali ke-2. Kalau kita diberi peluang untuk hidup 2 atau 3 kali, bolehlah kita pilih bila kita akan capai kecemerlangan, biarlah hidup yang pertama ini sekadar jadi orang biasa, bila hidup yang ke-2 barulah kita capai kejayaan, senang bukan? tapi realitinya kita hidup hanya sekali, bahkan kita langsung tidak mengetahui bilakah kita akan dijemput kembali. Apakah sekarang ini semua impian dalam hidup sudah kita kecapi? sudah kita capai? ingat, kita dilahirkan ke Dunia ini adalah untuk berjaya, bukan jadi sebaliknya. Tetapi kita yang selalu memilih untuk hidup gagal.

FIKIR-FIKIRKAN...

Wednesday, May 27, 2009

"SANGKA BAIK"

Salam Motivasi dan Salam Perjuangan...

Asalamualaikum dan selamat pagi yang beraura kerjayaan. Kadang-kadang benar kata-kata bijak pandai, "MENGUBAH STUKTUR SESEBUAH BANGUNAN LEBIH MUDAH DARIPADA MENGAJAK MANUSIA UNTUK BERJAYA" seperti yang terjadi pagi kelmarin, bila aku sms rakan-rakan untuk promosi 1 seminar buka minda yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Tawau , Sabah, yang di anjurkan oleh sebuah syarikat Consultant, dalam banyak-banyak respon yang aku terima, aku tertarik dengan satu balasan sms dari seorang rakan yang memang antara yang aku kagumi dalam hidupku, antara lain bunyi smsnya adalah seperti berikut :- "BAGUS TU, BERAPA LAMA AGAKNYA AKU BOLEH JADI JUTAWAN" memandangkan seminar tersebut lebih menjurus buka minda untuk menjadi jutawan. Kemudian diikuti ayat ini.....hehehehehe. Kalau didalami soalan tersebut memang orang ini cukup hebat dengan pertanyaannya, tetapi akhir ayatnya menampakkan seakan beliau seperti memperlekehkan pelawaanku. Tapi aku ambil 1 pendekatan, iaitu sangka baik. cuma yang mampu aku balas adalah seperti berikut :- "PETANG NI PUN BOLEH JADI, TAPI SEMUANYA DARI DIRI SENDIRI, SYARAT SANGKA BAIK DAN YAKIN DENGAN KUASA ALLAH SWT. SEBAB TIADA YANG MUSTAHIL DIMUKA BUMI INI DENGAN KEKUASAAN DARI ALLAH SWT. Lepas tu tiada balasan yang aku terima lagi. Berdasarkan dari apa yang berlaku , aku buat rumusan, kenapa dimuka bumi Allah SWT ini masih banyak yang hidup susah, kerana mereka sendirilah yang memilih untuk susah. Tidak yakin dan percaya dengan kehebatan diri sendiri, kan kah Allah SWT pernah berfirman antaranya "KUCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. kita semua memiliki 24 jam sehari, tetapi masih banyak yang hidup dalam kesusahan, kenapa ini berlaku? sebab kebanyakkan golongan ini, tidak berani menghadapi risiko untuk mengubah cara hidup.

Seandainya anda berminat untuk menyertai seminar ini sila hubungi saya terus
anda tidak akan menyesal menyertainya.

FIKIR-FIKIRKAN...

Tuesday, May 26, 2009

"KIFARAH ATAS PERBUATAN LAMPAU"

Salam Perjuangan dan salam motivasi.

Alhamdulilah...masih mempunyai kesempatan untuk bernafas di Bumi Allah yang penuh dengan sumber rezeki ini. Pagi ini saya didatangi oleh seorang kawan, beliau mengadu kepada saya tentang masalah yang dihadapinya. Banyak pekerjaan yang sudah beliau lakukan, akan tetapi belum satu pun mendatangkan hasil, saya termenung sebentar, kerana saya bukanlah motivasi hebat untuk memberi beliau nasihat, akan tetapi berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain, saya hanya mampu untuk mengatakan ianya adalah kifarah, atau hukum karma. Cuba kita imbas balik, perkara-perkara yang pernah kita lakukan. Sejauh mana kita minta keampunan dari yang maha Esa. Begitu juga kesalahan kita dengan sesama mahkluk, cuba kita renungkan balik. Tapi kalau selama ini kita tak pernah buat jahat dengan orang lain, kita ambil saja iktibar dari kata-kata ini..."APABILA KITA IMPIKAN SESUATU,SENANG KITA DAPAT,MAKSUDNYA ALLAH SWT SAYANG DENGAN KITA, TAPI BILA SUSAH HENDAK DAPAT,MAKSUDNYA ALLAH SWT UJI KITA, TETAPI BILA KITA IMPIKAN TAK PERNAH DAPAT,MEMBAWA MAKSUD ALLAH SWT,MAHU MENGGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK LAGI DARI APA YANG KITA IMPIKAN.Sedangkan RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH SWT lagi mendapat ujian, apatah lagi kita...LU SAPA?????

Monday, May 25, 2009

KEBEBASAN KEWANGAN MELALUI JALAN IBADAH

SALAM MOTIVASI DAN SALAM PERJUANGAN

Selamat melayari kepada anda yang baru , semoga anda akan sukses dan mencapai impian yang selama ini di idamkan. Untuk petua kesekalian kalinya sama-samalah kita mengamalkanya

BERAMAL DENGAN SELAWAT

Banyak sekali jenis selawat yang boleh di amalkan, namun selawat nabi juga sangat mustajab untuk kekayaan. Paling mudah . Sabda Rasulullah SAW:

Siapa memperbanyak selawat kepadaku, maka Allah Taala akan menjadikan kaya kepadanya yang tidak akan fakir sesudahnya.

Friday, May 22, 2009

BERUNTUNGNYEEE HIDUP DI BUMI MALAYSIA..



Salam Jumaat..salam motivasi..salam perjuangan

Memang beruntung sangat-sangat hidup dibumi Malaysia nie, apatah lagi kalau hidup sebagai warganegara. Lihat saja dengan tuah mangsa-mangsa kebakaran di Kg.Muslim yang bukan rakyat tempatanterus dihujani bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak yang bermurah hati di WP Labuan ini. hehehehe.....(apakah kita akan dapat bantuan yang sama jika kita berada di Negara mereka?) Pagi tadi sekali lagi saya berpeluang meninjau-ninjau ke kawasan penempatan mangsa kebakaran ini, dari apa yang saya nampak bantuan dari segi makanan terus dicurahkan. Ramai sukarelawan yang datang membantu untuk memunggah barang-barang ini.Saya dikhabarkan juga esuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Hj.Mohd.Yassin akan datang untuk membuat lawatan , melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa kebakaran ini. Sempatlah juga saya merakamkan gambar persiapan Pekerja-pekerja Perbadanan Labuan memasang kem-kem untuk para VVIP esuk. Sempatlah juga saya bersembang dengan mereka ini mengenai dengan kemurahan hati kita terhadap mangsa. Betul juga kata mereka, Apabila musibah menimpa orang tempatan, ada-ada saja masalah untuk mangsa ini mendapat bantuan. Bahkan sehingga kini masih ada orang tempatan yang mengalami musibah, belum mendapat bantuan dari pihak yang bertanggungjawab. Itu kata mereka, apa kata anda...saya takut juga kata pepatah BERUK DIHUTAN DISUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN menjadi kenyataan....FIKIR_FIKIRKANLAH...

Thursday, May 21, 2009

SENARAI JUTAWAN MALAYSIA

Senarai 10 rakyat Malaysia paling kaya-

1. TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN (AS$7.6 bilion)
2. ANANDA KRISHNAN (AS$7.4 bilion)
3. TAN SRI LIM GOH TONG (AS$4.3 bilion)
4. TAN SRI LEE SHIN CHENG (AS$3.9 bilion)
5. TAN SRI TEH HONG PIOW (AS$3.5 bilion)
6. TAN SRI QUEK LENG CHAN (AS$3 bilion)
7. TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (AS$2 bilion)
8. TAN SRI YEOH TIONG LAY (AS$1.8 bilion)
9. TAN SRI TIONG HIEW KING (AS$1.2 bilion)
10. TAN SRI WILLIAM CHENG HENG JEM (AS$650 juta)

Giliran anda bila lagi?

HIDUP DI BUMI MALAYSIA KALAU TAK KAYA MALANG"

Salam Motivasi , salam perjuangan...

Anda mungkin pernah mendengar ayat ini? apa yang ada rasa dengan ayat Chef Li (Dato' Dr Rusly), penulis buku Jutawan Senyap ini? Kalau ada rasa anda rakyat Malaysia, tentu anda berada dalam golongan malang ini...Fikirkanlah.

virus H1N1

Salam Motivasi salam perjuangan....

Orang berjaya tidak pernah mengalah , orang mengalah tidak akan berjaya... apa yang anda belajar dari kata-kata ini? 1 Motivasi diri kan...? hidup tanpa motivasi seumpama makan lauk tanpa nasi...betul ke apa aku tulis ni? tapi ada jua kebarangkalinya betul... sebab cuba fikirkan balik, buat apa kita keluar berkerja kalau bukan kerana Nasi... ia, semua nya kerana wang, tapi dari wang kita boleh membeli beras kan...? tak taulah kalau kehidupan anda dipengaruhi oleh makanan ala barat... Makan pun kena kawal-kawal juga, sebab takut terlebih makan nanti buruk padahnya...Hari ni heboh rakan-rakan niaga saya , sebab terpaksa menjalani suntikan daripada Jabatan Kesihatan, untuk melindungi diri daripada terdedah dengan Virus baru yang melanda Dunia, H1N1. Apa yang dapat kita belajar daripada suntikan ini dan ancaman virus ini? samalah macam manusia halnya, bila dah terkena , baru sibuk nak berjaga-jaga.macam mengejar kejayaan , manusia akan lalai dan leka jika dalam perjalanan tiada apa yang menghalang , akan tetapi jika berlaku rintangan barulah manusia itu ingat dan berwaspada pada rintagan yang bakal mendatang. Aku pun tak faham apa yang aku katakan ni.( Mungkin risau , sebab sekejap lagi aku nak kena suntik, 30 tahun saya tak melalui stuasi ini... BOLEH KE?

Tuesday, May 19, 2009

"BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL"




Salam Motivasi, salam perjuangan dan salam jutawan. Semasa saya sibuk menyemak kerja-kerja yang tertangguh akibat daripada ketiadaan saya selama beberapa hari ini, tiba-tiba saya dihubungi oleh rakan kongsi saya untuk mengajak saya ke Kompleks Sukan Labuan untuk menguruskan hal berkenanaan peluang perniagaan disana, saya terus bersetuju. Tanpa menyedari stuasi yanng berlaku disana. Alangkah terkejutnya saya, bila mendapati suasana disana sungguh meriah dengan kehadiran mangsa-mangsa kebakaran yang ditempatkan disana. Tujuan pada asalnya untuk bertemu dengan Pegawai JBS,akhirnya kami batalkan , oleh kerana Pejabat JBSWPL terpaksa dipindahkan sementara waktu ke Ujana Kewangan. Bila sudah berada disana, saya mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau mangsa-mangsa tersebut.Alangkah kasihan dengan keadaan mereka ini( dari gambar yang dipaparkan). Memang ,Rata-rata mereka hanya memiliki dokumen IMM 13 dan ramai juga yang langsung tidak memiliki apa-apa dokumen. Akan tetapi , atas dasar kemanusiaan kita wajib memberikan bantuan , sama ada dalam bentuk wang , makanan,pakaian dan sebagainya. Walaupun seperti yang kita sedia maklum, Ramai pihak sudah pun memberikan bantuan antaranya Menteri Wilayah Persekutuan RM 300 ribu, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM 300 Ribu, Pejabat Parlimen Labuan RM 50 Ribu, Labuan Liberty Port RM 26 Ribu.Akan tetapi melihat stuasi yang berlaku tadi menuntut kita terutama warga Labuan yang Allah SWT berikan kelebihan untuk terus menghulur bantuan untuk mangsa ini. Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika saya berpeluang bertemu dengan beliau, memaklumkan bahawa pihak Jabatan mengalu-alukan sumbangan kepada mangsa-mangsa ini , terutama dengan kos makan & minum. Dari apa lagi yang beliau maklumkan bahawa , sehingga kini belum ada lagi kata putus dibuat untuk menempatkan mangsa-mangsa kebakaran ini. Balik saja dari Kompleks tadi , saya berfikir sesuatu, alangkah senang dan mudahnya kerja yang akan dilakukan andainya di Labuan ini ramai orang Islam yang kaya raya, agar sama-sama dapat berbakti atas sifat tolong menolong sesama insan.Renung-renungkan

2 pilihan untuk hidup sebagai jutawan

Alhamdulilah...saya masih diberikan Allah SWT ruang dan peluang untuk terus hidup di Muka Bumi milik nya ini. Penat baru balik dari outstation. Banyak benda dan pembelajaran yang saya perolehi selama berada di tempat orang. Antara yang paling seronok , bila saya bertemu dengan sebuah kedai buku yang banyak menjual buku-buku yang saya cari selama ini. Hampir seharian saya dalam kedai tersebut , hingga kawan yang menemani saya menjadi bosan. Akhirnya saya mendapat satu kata-kata mengenai 2 cara untuk menjadi jutawan, KALAU NAK HIDUP SENANG DI DUNIA INI ADA 2 CARA , PERTAMA MENJAWAT JAWATAN YANG TINGGI DAN TERTINGGI KALAU BOLEH SAMA ADA DI SWASTA ATAU JABATAN KERAJAAN. CARA KEDUA , IALAH DENGAN BERNIAGA. Mungkin kita telah terlepas cara pertama , tetapi masih ada banyak peluang pada cara yang kedua...
Fikir-fikirkan.

Thursday, May 14, 2009

9 dari 10 rezeki datangnya daripada berniaga


Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Bagaimana anda hari? Sihatkah? Bagaimana pula dengan kedudukan kewangan anda bulan ini? Lebih? Kurang? atau ngam-ngam?

Adakah anda berpuas hati dengan pekerjaan yang sedang anda lakukan? Adakah gajinya cukup?

Adakah anda minat dengan kerja yang anda lakukan? Adakah anda tak kisah dengan gaji atau pendapatan yang anda perolehi kerana anda sangat berminat dengan kerja yang anda lakukan.
Cukup-cukup… Dah terlalu banyak soalan yang dikemukakan.


Jangan marah.. tenang-tenang, tarik nafas dulu, saya tidak bermaksud untuk mengambil tahu berapa gaji anda dan saya juga tidak bermaksud untuk memeningkan kepala anda.
Tidak semua orang bernasib baik di dunia ini. Memiliki pekerjaan yang disukainya dan pekerjaan itu memberikan hasil yang lumayan kepadanya.

Biasanya kita akan menghadapi dilema untuk memilih antara dua pekerjaan, pekerjaan yang memberikan gaji yang lumayan dan anda tidak minat atau pekerjaan yang anda minat tetapi tidak memberikan gaji yang lumayan.

Tentu ramai kaum lelaki yang akan memilih gaji yang lumayan berbanding kerja yang diminati kerana tanggungjawab memerlukan wang. Manakala bagi kaum hawa yang sudah berkahwin pula, tentu ramai yang akan memilih pekerjaan yang mereka minati kerana mereka tidak perlu memikir tentang wang kerana sudah berkahwin.

Tetapi bagaimana untuk memilih pekerjaan yang kita minati dan pada masa yang sama kita hendak juga membuat pekerjaan yang memberikan kita gaji yang lumayan. Contohnya sebagai guru adalah mustahil untuk saya meralisasikan impian saya menjadi pekerja jutawan. Tetapi saya amat meminati kerjaya ini walaupun saya masih belum berpeluang memberi komitmen yang tinggi kepada proses pengajaran dan pembelajaran lantaran terlalu sibuk dengan aktiviti luar
Atau bagaimana kita boleh memilih untuk melakukan kerja yang memberi kita gaji yang lumayan dan pada masa yang sama kita mahu juga melakukakan kerja yang kita minta?
Tiada lain jawapannya, kita perlu mencari masa untuk melakukan kerja yang kita minat atau kerja yang membolehkan kita mampu memberikan kita gaji yang lumayan.
Jika sekarang kita mempunyai kerja yang memberikan kita gaji yang lumayan, kita perlu mencari masa untuk membuat kerja yang kita minat.

Dan jika, sekarang kita mempunyai kerja yang kita minat tetapi tidak memberi gaji yang lumayan kita perlu mencari masa untuk membuat kerja yang kita minat.
Bak kata perpatah, kerja siang mencari nafkah, kerja malam memenuh Impian.

Monday, May 11, 2009

kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi saya

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi saya

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham.

Tidak banyak yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang
terkaya di Malaysia.

Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh singkat. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

"KEJAYAAN HANYA UNTUK ORANG BERANI SAHAJA"

Salam Perjuangan...

Tentu anda hairan bila masa ada golongan hantu jadi jutawan, tapi kalau bagi yang tak faham maksud Klindahau , tentu hairan bila terbaca nama ni. Untuk maklumat korang , klindahau ini merupakan spesis hantu yang lebih kurang macam hantu raya. Cuma hantu nie jenis yang boleh buat sahabat , apatah lagi matlamatnya nak jadi Jutawan....kepada anda semua yang ada impian yang sama dengan klindahau, boleh terus hubungi saya. Ok.... gua chow....

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan