Tuesday, April 3, 2012

Sungguh-sungguh mengkagumkan, bila petang itu terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang beriadah bersama pengunjung Kompleks Sukan yang lain. Setelah lama tiada masa untuk beriadah, petang minggu lepas penulis berpeluang untuk turun beriadah kerana tiada apa-apa yang hendak dilakukan petang tersebut. Setelah hampir 3 bulan, penulis begitu sibuk dengan tugasan harian ditambah tugas untuk kerja-kerja kemasyarakatan yang semakin hari semakin bertambah-tambah. Tanpa membuang masa, penulis terus menghampiri kumpulan remaja ini, yang berseronok dengan menampilkan pelbagai reka bentuk basikal yang begitu unik untuk penulis jadikan bahan bagi artikel kali ini. Menyedari akan kehadiran peserta yang petang itu, memakai t-shirt tertulis Logo IPD Labuan, membuatkan remaja-remaja itu ingin melarikan diri, mungkin menyangkakan penulis adalah anggota polis yang ingin menyoal siasat mereka. ( Maklumlah aksi-aksi seperti yang dipertontonkan petang itu seakan aksi-aksi bahaya yang selalu dilakukan oleh mat rempit) Setelah menerangkan sapa sebenarnya penulis barulah remaja-remaja ini memberikan kerjasama kepada penulis untuk mengambil gambar sekaligus menceritakan serba sedikit tentang hobi unik mereka ini. Salah seorang dari remaja ini, yang lebih selesa dipanggil Don, memberitau bahawa hobi basikal unik ini bermula dari tahun 2010, dan sehingga kini mereka sudah ada hampir 60 buah basikal yang telah diubah suai menggunakan bahan-bahan besi yang terbuang dan terpakai. Memudahkan mereka lagi katanya, menurut Don, yang bertindak sebagai jurucakap sekaligus ketua kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bad Boys", segala kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dikawasan Kedai Aksesori Kereta milik ayahnya yang terdapat di Labuan. katanya lagi, semua reka bentuk basikal merupakan idea mereka sendiri selain mendapatkannya dari laman web untuk menambahkan lagi citra rasa untuk membuat pengubahsuaian. Sehingga kehari ini katanya, mereka sering kali dijemput untuk menyertai mana-mana program dan majlis sama ada anjuran Kerajaan , Swasta dan NGO'S yang terdapat di Labuan. Cerita terbaru katanya, mereka telah dipelawa oleh Kelab Rakan Muda Labuan untuk bernaung di bawah Kelab ini, dan mereka turut ditawarkan menjadi Sukarelawan Rakan Muda di Labuan. Seramai lebih kurang hampir 100 orang ahli yang telah turut serta dalam kumpulan ini yang majoriti umur diantara 14 hingga 18 tahun, dan Don menambah akan mensasarkan lebih ramai remaja-remaja diluar sana untuk menyertai kumpulan mereka ini, agar lebih banyak idea dan pendapat akan diberikan bagi membolehkan mereka akan terus kreatif mengubahsuai basikal. Diakhir pertemuan petang itu, sekali lagi penulis teruja dengan aksesori tambahan yang terdapat pada basikal remaja ini yang lainnya macam Hon seperti bunyi Lori dan lampu liplap yang berwarna warni. Sebelum beredar petang itu, penulis sempat memberikan kata-kata semangat kepada remaja ini agar terus melahirkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan basikal yang unik ini dan berpesan agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan bila berada di Jalanraya agar tidak menyusahkan pengguna jalaraya lain selain menjaga keselamatan supaya kejadian tidak diingini akan berlaku.

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan