Selagi Nyawa dan Nafas terus berdetik dan menghembus.... pejuangan ini tak akan terhenti.....
Wednesday, April 11, 2012
Pandangan Ikhlas dari catatan seorang Wartawan...
Baru-baru ni, ketika aku duduk di Masjid Jamek An-Nur menanti masuk Solat Jumaat, seorang kawan yang berkerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Labuan telah menyapa aku, ketika itu aku hairan dengan pakaiannya seakan santai, padahal waktu tu hari bekerja, setelah ditanya dia menyatakan baru balik dari membawa rombongan sekumpulan media yang mewakili media-media cetak dan stesyen TV Negara. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan diselaraskan oleh Perbadanan Labuan selaku Pihak Berkuasa Tempatan di Labuan.
Selepas dari selesai menunaikan Solat Jumaat, terfikir aku sendiri, sampai bila wartawan TV atau wartawan surat Khabar dibawa ke Labuan, tapi berita yang dikeluarkan kebanyakannya "Indah Khabar dari Rupa"
5 tahun lepas ada sebuah stesyen TV swasta di bawa ke Labuan semata-mata untuk menceritakan masalah yang dihadapi penduduk Labuan, tapi bila kumpulan ini datang Labuan dan disambut dengan bermacam-macam layan Kelas Pertama oleh orang-orang tertentu di Labuan ini, berita yang keluar menjadi sebaliknya.
Begitu juga bila ada orang-orang besar Negara, seperti Perdana Menteri atau Menteri-Menteri yang berkaitan yang menagadakan lawatan ke Labuan, pasti kelemahan dan keburukan Labuan akan disembunyikan sepenuhnya. Kebanyakannya memang inilah realitinya yang berlaku di Labuan. Jadi dengan kehadiran kumpulan wartawan ini, bagi aku hanya sekadar Percutian yang ditanggung.
Tapi bila hari ni aku buka akaun muka buku, aku tertarik bila kawan yang aku jumpa tempohari di Masjid telah Tag aku 1 artikel hasil dari pandangan dan pengalaman salah seorang wartawan tersebut yang dimuatkan dalam salah sebuah akhbar tempatan. Pada mulanya aku fikir, ia hanya tulisan biasa, tetapi melihat deratan komen dari rakan-rakan di muka buku lain, menarik aku untuk membaca artikel berkenaan seperti yang aku postkan ini.
Ternyata apa yang penulis ini coretankan, memang mengambarkan wajah sebenar Labuan yang sudah 28 tahun diistihar sebagai Wilayah Persekutuan. Bagi aku apa yang dituliskan oleh wartawan ini memang benar dan itulah yang dialami oleh penduduk-penduduk di Pulau ini, tidak kiralah ia rakyat Labuan atau mereka yang telah dipindahkan untuk bertugas disini.
Bukan hendak menyalahkan Kerajaan BN yang mengamalkan gagasan 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Akan tetapi seperti yang penulis ini katakan, Labuan memang benar-benar ketinggalan berbanding dengan setengah-setengah tempat di Malaysia ini. Apatah lagi kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seperti Langit dan Bumi.
Bagi yang pernah datang ke Labuan, pasti setuju dengan kata-kata penulis ini tentang status "Bebas Cukai" yang tidak mendatangkan apa-apa hasil dan kebaikan untuk masyarakat tempatan, mahupun pelancong dalam Negara, kerana yang murah hanya beberapa benda yang bukan semua orang menikmatinya.
Tentang pulau-pulau yang telah dilawati penulis, tidak dinafikan, ia memang seakan Pulau Tinggal yang tiada apa-apa Kemudahan yang dapat menarik pelancong seperti pulau-pulau yang ada di tempat lain. Rumusan keseluruhan artikel yang dikeluarkan oleh penulis ini, mewakili penduduk Labuan, memang sudah lama kami menantikan "Tangan-Tangan Ajaib bagi merubah dan melakukan sesuatu untuk Labuan sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan.
Sekali lagi aku tekankan, bukan niat aku hendak menyalahkan mana-mana Pemimpin dan individu yang terbabit dengan perancangan Labuan, akan tetapi bila orang luar atau pelancong yang datang ke Labuan termasuk penulis ini, mengatakan benda yang sama, Seharusnya Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta Perbadanan Labuan memikirkan sesuatu untuk Labuan, supaya status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dikatakan sebagai "Anak Tiri" oleh segelintir pihak yang sentiasa mencari kesalahan dan kesilapan Kerajaan. Apatah lagi disaat-saat PRU-13 sudah semakin hampir.
Jangan sampai Kerusi yang selama ini menjadi Simpanan Tetap(Fix Deposit) kepada BN Wilayah dalam pilihanraya sebelum ini menjadi sebaliknya. Sebab sepanjang PRU yang lalu-lalu, Labuan merupakan Kerusi Kuat yang menyumbang kepada Kemenangan BN di Wilayah Persekutuan selain Setiawangsa dan Putrajaya.
Buat penulis Artikel ini, sekali lagi bagi pihak rakyat dan penduduk Labuan, kami cukup-cukup dan sunggguh-sungguh berterima kasih yang tidak terhingga dengan tulisan anda tentang apa sebenarnya yang berlaku di Labuan. Adalah diharapkan lebih ramai lagi media-media di luar sana menulis kebenaran tentang Labuan. Buat Pemimpin-pemimpin yang telah diberikan mandat dari rakyat, jangan jadikan Slogan "Anak Tiri" yang sering kali dimainkan oleh pembangkang dan pihak-pihak tertentu menjadi kenyataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment