Selagi Nyawa dan Nafas terus berdetik dan menghembus.... pejuangan ini tak akan terhenti.....
Tuesday, April 3, 2012
Simulasi Pilihanraya....
Sungguh melucukan....
itulah yang mampu dicoretkan bila melihat telatah para peserta program Transformasi Generasi Muda peringkat Wp Labuan 2012 yang lalu.
Bila diajukan persoalan, berapa ramai yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya? dan berapa ramai yang pernah mengundi untuk pilihanraya yang lalu.
Ternyata hanya beberapa orang sahaja yang pernah terlibat untuk pilihanraya sebelum ini, dan majoritinya adalah mereka-mereka yang baru pertama kali terlibat sebagai pemilih dan petugas pilihanraya.
Seramai 40 orang peserta yang menyertai program ini, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan dan 1 kumpulan daripada parti pemerintah, dan 1 kumpulan lagi mewakili pembangkang. Sebelum pilihanraya dijalankan, para peserta diarahkan untuk melantik beberapa petugas termasuklah calon untuk mewakili parti yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan untuk bertugas mewakili parti masing-masing.
Bermacam-macam gelagat sempat dirakamkan yang berlaku dikalangan peserta, dan tidak ketinggalan juga gelagat peserta yang bertindak kempen menggunakan khidmat pesanan ringkas(sms) seoalah-olah demam pilihanraya benar-benar berlaku. Bertambah melucukan bila parti-parti yang bertanding sudah memulakan perang poster dan edaran risalah, walaupun penamaan calon belum diadakan.
Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu, juga turut diisi dengan pelbagai program dan salah satunya adalah Simulasi Pilihanraya yang diadakan pada malam terakhir program. Setelah sessi Penamaan Calon diadakan, maka kedua-dua parti yang bertanding telah mempertaruhkan calon masing-masing, dan salah satu calon yang bertanding merupakan Penghulu atau Ketua Peserta dalam program ini.
Keadaan bertambah kelam kabut bila mana majoriti peserta yang terlibat malam itu termasuk beberapa orang peserta yang menjadi pencadang dan penyokong kepada calon yang bertanding tidak membawa Kad Pengenalan, kerana kebanyakkan peserta lebih selesa meninggalkan Kad Pengenalan di bilik penginapan,dan ini menjadikan mereka terpaksa berlari balik ke bilik untuk mengambil Kad Pengenalan sebab pihak Suruhanjaya Pilihanraya yang terdiri daripada Urusetia Program tidak membenarkan mana-mana pemilih untuk membuang undi seandainya tidak menunjukkan Kad Pengenalan.
Selain dari kempen merayu undi dikalangan peserta sendiri, pihak urusetia juga tidak ketinggalan dikempen oleh para peserta kerana semua yang terlibat dalam program ini adalah pengundi.Disaat akhir kempen, para calon diberikan peluang untuk memberikan ucapan tentang matlamat pejuangan parti masing-masing dan merayu undi kepada semua yang terlibat.Keadaan menjadi lebih gamat, bila kedua-dua calon menggunakan pentas ceramah yang sama untuk menyampaikan ucapan.
Dipenghujung sessi pada malam terakhir itu, pengundian telah diadakan. Ia dimulakan oleh kedua-dua calon yang bertanding turut membuang undi dan menggunakan peti undi yang sama, setelah itu pengundian diteruskan dengan semua peserta dan yang terakhir membuat pembuangan undi adalah dikalangan urusetia program. Setelah selesai semua membuang undi, maka tibalah masanya untuk pengiraan undi yang turut diwakili oleh kedua-dua parti politik.
Hasil dari pengiraan yang telus dan adil malam itu, maka keputusan pun diperolehi, dimana parti pemerintah telah memenangi simulasi pilihanraya malam itu hasil daripada undi para urusetia. Apa yang melucukan bila terdapat 3 undi rosak yang ditulis macam-macam ayat dan perkataan.
Selesai Simulasi malam itu, dapat disimpulkan bahawa, rata-rata peserta amat teruja dan seronok menjalankan latihan dalam kumpulan(LDK) dalam program ini.Ia juga dapat memberikan gambaran sebenar kepada semua peserta akan suasana pilihanraya yang sebenar. Walau pilihanraya yang diadakan ini cuma dalam masa yang singkat. Diakhir program Kem Komandan program mengingatkan kepada parti-parti yang bertanding agar membersihkan poster-poster yang ditampal sebelum diambil tindakan......hehehehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment