Thursday, April 5, 2012

Perkhidmatan Feri Labuan – Menumbuk

Satu-satu jalan penghubung menggunakan Kenderaan antara Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah ialah perkhidmatan Feri Labuan-Menumbuk. Walau ada beberapa kaedah atau kemudahan yang dapat dipilih, sama ada melalui Udara dan Air, akan tetapi hanya perkhidmatan feri ini sajalah yang dapat digunakan untuk membolehkan masyarakat kedua-dua Negeri berhubung melalui jalan darat. Syarikat yang telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhidmatan ini adalah Labuan Feri Copration milik anak tempatan. Bahkan perkhidmatan ini yang sudah beroperasi hampir 30 tahun. Melalui perkhidmatan inilah, segala barangan keperluan harian seperti bahan makanan, sayur-sayuran, Gas Memasak , Bahan binaan dan sebagainya dibawa masuk dari tanah besar Sabah. Jadi tidak hairanlah mengapa harga barang dan makanan yang terdapat di Labuan agak mahal berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia, memandangkan kos pengangkutan yang menyebabkan perkara ini berlaku, walau Labuan dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai. Perkhidmatan Feri yang menawarkan perjalanan sejauh 13.7 KM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 45 minit. Dengan kekuatan 2 Feri yang beroperasi setiap hari, iaitu Feri Wawasan Perdana dan Feri Warisan Perdana yang mampu menampung 1000 orang penunpang dan 70 buah kenderaan dalam satu-satu masa. Walau beroperasi dengan menggunakan 2 buah feri, perkhidmatan ini masih belum mampu menampung permintaan orang ramai yang akan bertambah terutama dalam musim perayaan. Menyedari perkara ini, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil langkah untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat lain bagi menampung dan memberikan kemudahan kepada penumpang. Akan tetapi hasrat dan tindakan Kerajaan ini, akhirnya menjadi isu hangat dikalangan masyarakat tempatan dan pengguna , oleh kerana syarikat yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan tambahan masih gagal menyediakan feri baru sehingga kini. Walau permit untuk beroperasi telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun lepas. Atas masalah inilah, ianya menjadi rungutan dan isu yang sering dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahkan Kerajaan.

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan