Selagi Nyawa dan Nafas terus berdetik dan menghembus.... pejuangan ini tak akan terhenti.....
Sunday, April 22, 2012
MAMPUKAH BN BERTAHAN PADA PRU K-13 BAGI KAWASAN PARLIMEN P166 LABUAN
Pilihanraya Umum Ke-13 merupakan medan penentu kepada nasib BN di W.P Labuan. Kalau BN berjaya mempertahankan kerusi P 166 pada PRU ini bermakna ia merupakan satu tamparan kepada pemimpin parti pembangkang yang sudah bertapak dan mula mendapat sokongan di Labuan ketika ini.
Seorang pemimpin veteran UMNO di sini berkata, nasib BN di kerusi P 166 amat bergantung kepada siapa calon BN dalam PRU nanti. Isu siapa calon BN perlu diberi perhatian serius oleh kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan. Menurut beliau, untuk mempertaruhkan Calon BN sekarang dalam PRU -13 nanti bukanlah satu keputusan yang bijak. Terlalu banyak isu-isu pembangunan yang perlu diperjelaskan oleh jentera BN dalam tempoh berkempen nanti jika calon sekarang dikekalkan untuk mempertahankan kerusi P166. Ditambah lagi dengan janji-janji YB kepada rakyatnya yang masih tergantung selama lima tahun menjadi wakil rakyat Labuan.
Ketiadaan pemimpin yang berwibawa dalam UMNO Bahagian Labuan ketika ini juga dilihat agak mengusarkan. Kepimpinan UMNO Bahagian Labuan agak timpang dengan ketiadaan Ketua UMNO Bahagian ketika ini. Lebih menghirankan Wanita Bahagian, PEMUDA dan PUTERI seolah-olah bergerak bersendirian tanpa melibatkan AJK UMNO Bahagian Labuan dalam program anjuran mereka.
Kewujudan “Tiga Abdul” sedikit menyelamatkan keadaan dalam UMNO Bahagian Labuan ketika ini. Mereka sentiasa bersatu dan berkerjasama dalam mempertahankan maruah serta imej parti keramat orang Melayu ini. “Tiga Abdul” ini sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga demi menyelamatkan UMNO Bahagian Labuan daripada terus berpecah.
Seorang Ketua Cawangan UMNO Labuan berkata, adalah wajar salah seorang diantara ‘Tiga Abdul” ini diberi peluang untuk memimpin UMNO Bahagian Labuan. Ini termasuklah diberi watikah oleh kepimpinan UMNO Pusat untuk mewakili BN Labuan dalam PRU-13 nanti. Beliau menyatakan rata-rata pemimpin Cawangan UMNO Labuan, Sayap UMNO Bahagian dan ahli-ahli UMNO Labuan ketika ini menyokong kepimpinan “Tiga Abdul” mengetuai Bahagian UMNO Labuan pada masa akan datang. Apatah lagi mereka adalah antara generasi muda dalam UMNO Labuan yang mampu membawa transformasi dalam kepimpinan, hala tuju dan wadah perjuangan UMNO Labuan hari ini untuk masa depan Labuan dan rakyatnya.
Dalam situasi parti pembangkang di Labuan yang masih bertelagah dan berpecah, usaha menampilkan muka baru di kerusi P166 Labuan dalam pilihanraya Umum ke-13 adalah satu kewajaran bagi Perhubungan UMNO Wilayah. Ianya bukan sahaja boleh mempertahankan kerusi P166 kepada BN tetapi dapat mengembalikan maruah, imej dan keyakinan ahli-ahli UMNO Labuan serta rakyat Labuan terhadap kewibawaan UMNO Bahagian Labuan dan untuk mencorak masa depan Labuan dan rakyatnya.
Begitu jua halnya dengan pemimpin parti-parti komponen yang agak “Terasa Hati” dengan kepimpinan UMNO Bahagian dan BN ketika ini. Mereka jua mengharapkan BN menampilkan muka baru dalam PRU-13 nanti.
(
3 Pemimpin Umno yang digelarkan sebagai "3 Abdul" kanan di tepi sekali YBhg.Dato Bashir Hj.Alias (Naib Ketua Umno Bahagian), En.Rozman Datuk Hj.Isli(Setiausaha) dan Mohd.Raffi Alli Hassan(Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment