Wednesday, June 3, 2009

"SETENGAH JAM BERSAMA PEMIMPIN MLM TEMPATAN"


Salam Motivasi salam Perjuangan.

Alhamdulilah. sampai jua akhirnya aku balik ke Labuan setelah 1 minggu menuntut ilmu jauh nun di Pantai Timur Negeri Sabah, Tawau. Selama beberapa hari saya di sana, saya terjumpa dengan seorang kawan yang sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan beliau. Alangkah teruja aku, bila mengetahui serba sedikit akan perkembangan hidup beliau. Dulunya tidak memiliki apa-apa, akan tetapi bila beliau mengambil keputusan untuk menyertai satu syarikat MLM kehidupan beliau benar-benar berubah...sempat juga aku mencatatkan perbualanku dengan sahabat tersebut. Sebelum terlupa orang tersebut hanya saya namakan sebagai zizul.

JUTAWAN KLINDAHAU: Lama menghilang? apa awak buat sekarang?

ZIZUL : Bukan menghilang, tapi merantau mencari dan menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.

JUTAWAN KLINDAHAU : Apa pekerjaan dilakukan sekarang?

ZIZUL : Hhhmm...(termenung seketika) banyak pekerjaan yang sudah saya lakukan, tetapi belum dapat memberikan kepuasan dalam hidup. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berniaga, tapi nak berniaga apa?(Beliau menarik nafas panjang, sebelum sambung perbualanya) akhirnya saya bertemu seorang kawan yang mengajak saya menyertai 1 syarikat mlm bumiputra.Pada mulanya saya tidak yakin dengan plan serta produk yang ditawarkan, akan tetapi selepas menyertai 1 seminar telah mengubah minda saya 100%.

JUTAWAN KLINDAHAU : Wahh...nampak hebat , boleh terangkan secara terperinci...?

ZIZUL : Dalam kehidupan ini kita sebagai manusia diberikan 1 kuasa yang tiada pada makhluk lain, iaitu kuasa MEMILIH.kita ambil contoh Burung, kehidupan seharian pagi terbang dari sarang keluar mencari makanan, petang balik kesarang memberi makan kepada anak-anak. Bolehkan burung2 ini memilih untuk pergi berniaga? atau kerja mengambil upah daripada burung lain? tentunya tidakkan?

JUTAWAN KLINDAHAU: Cuba terangkan, aku semakin tidak faham.

ZIZUL: Itulah kelebihan kita sebagai manusia. bukankah kita ini sebaik-baik kejadian.
Dengan kuasa memilih itulah saya memilih untuk menyertai bidang MLM, akhirnya apa yang saya cari-cari dalam hidup saya perolehi dalam MLM ini.Bahkan ia mengajar saya tentang diSebalik kesukaran ada kesenangan.

JUTAWAN KLINDAHAU : Apa pencapaian yang diperolehi setakat ini?

ZIZUL : Dalam hidup ini, apalah gunanya kekayaan yang dimiliki, seandainya hanya diri sendiri saja yang merasai. Bahkan kekayaan itu sendiri tidak memberikan apa-apa pertolongan kepada keluarga sendiri. Dalam bidang MLM ini, untuk berjaya kita kena jayakan orang lain dulu, begitu juga untuk jadi kaya, kita kena kayakan orang lain dulu. Setakat ini saya baru berjaya mencapai pangkat pertengahan dalam MLM ini dan berpendapatan 4 angka, saya yakin dan percaya, saya sekarang ini dalam perjalanan menuju kepuncak. Ini bukan angan-angan, tapi impian yang nyata.

JUTAWAN KLINDAHAU : anda sungguh bersemangat, teruja aku dibuatnya. boleh teruskan?
(oleh kerana banyak benda rahsia yang tak dapat saya terbitkan atas permintaan beliau, hanya setakat ini saja catatan yang aku dapat siarkan.)

PENGAJARAN : Untuk berjaya dan senang dalam hidup kita kena hadapi susah dan gagal terlebih dahulu.

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan