Tuesday, June 23, 2009

PERJUANGAN UNTUK SEBUAH KEJAYAAN

salam Motivasi, salam Perjuangan...

Lama dah rasanya aku tak online....apalagi semenjak notebook aku kena
serang virus. Ditambah lagi dengan kesibukan menghadiri pelbagai program
syarikat. Lagi pun malam ni ada Distributor Rally penyampaian Pin untuk
Pencapai pangkat RM & EM. Jam 8 Malam. Nantilah bila ada masa terluang aku
akan meluangkan masa untuk menulis lebih panjang lagi

Monday, June 8, 2009

"RESEPI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN"


Salam Motivasi, Salam Perjuangan.

Apa yang anda fikir tentang ini? mencapai Kejayaan. Apabila saya mencaburi bidang MLM, banyak orang-orang sukses yang saya temui, akhirnya resepi untuk berjaya dalam hidup ini ialah , yang pertamanya ialah PELUANG dan yang kedua KESEMPATAN. Sebab apalah gunanya Peluang yang kita dapat kalau kita tiada kesempatan. Begitu juga bila kita ada kesempatan tapi kita takde peluang. Apabila kedua2 perkara ini dalam genggaman resepi seterunya adalah TAHAN SAJA, apa pun halangan, rintangan dan dugaan kita hadapi, kita tahan saja. Begitu juga dengan cemuhan , cacaian atau tomahan pun kita tahan saja, sampai tuhan benar-benar bagi apa yang kita impikan. Bukan kah Tuhan itu MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH. So , mulai hari ini, jika kita impikan sesuatu,
kita kena amalkan 3 resepi ini. JUMPA ANDA DI kelab JUTAWAN DCL

(p/s: Gambar Editor bersama Pengasas DCL , Dato Stapa HJ.Omar, semasa beliau merasmikan seminar DCL satu ketika dulu)

Saturday, June 6, 2009

DCL 1 WADAH PERJUANGAN , LEBIH ADIL LEBIH SUKSES

Salam Motivasi , Salam Perjuangan.

Pertama mendengar nama MLM DCL aku tergelak kecil. Manalah orang mcm aku mampu jadi JUTAWAN. Dan anggapan itu bertambah teruk lagi bila aku diberitau dengan jual produk boleh dapat pendapatan puluhan ribu. Setiap kali upline aku yang ketika itu hanya kawan, ingin bertemu dengan aku, macam-macam alasan aku berikan. Sehinggalah aku kehabisan alasan dan akhirnya aku mengatakan yang aku MALAS untuk menyertai DCL. Beliau berlalu begitu saja sambil berkata, "KALAU DENGAN KEMALASAN BOLEH MENGUBAH AKU JADI KAYA TERUSKAN, TAPI SEANDAINYA KEHIDUPAN MASIH TIDAK BERUBAH, HUBUNGI SAYA. Kata kawan aku tadi. Aku termenung seketika mendengar kata-katanya, sudah hampir 30 tahun aku hidup, tiada apa-apa pencapaian yang aku perolehi, kalau ikut dari segi berusaha, macam-macam sudah aku lakukan, tapi kehidupan aku masih tetap sama.Atas dasar mahu mengubah hiduplah akhirnya aku menghubungi kawan aku tadi. Tanpa perasaan sifat dendam beliau menerima kedatangan aku dirumahnya. Teruja aku seketika melihat ruang tamunya yang dibanjiri Produk-Produk DCL. Tanpa menghiraukan pertanyaan aku tentang produk-produk tersebut,beliau terus menayangkan vcd Pengasas DCL En.Stapa yang ketika itu belum bergelar Dato. Aku benar2 rasa teruja, apabila mendengar kata-kata Pengasas dalam tayangan VCD treebut.

Friday, June 5, 2009

"Memperkasa Ekonomi Islam

Sunnah Rasulullah yang dipinggirkan!

“9/10 rezeki itu adalah daripada perniagaan”
- Riwayat Tirmizi“

Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan”
- Riwayat Bukhari

Wednesday, June 3, 2009

"SETENGAH JAM BERSAMA PEMIMPIN MLM TEMPATAN"


Salam Motivasi salam Perjuangan.

Alhamdulilah. sampai jua akhirnya aku balik ke Labuan setelah 1 minggu menuntut ilmu jauh nun di Pantai Timur Negeri Sabah, Tawau. Selama beberapa hari saya di sana, saya terjumpa dengan seorang kawan yang sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan beliau. Alangkah teruja aku, bila mengetahui serba sedikit akan perkembangan hidup beliau. Dulunya tidak memiliki apa-apa, akan tetapi bila beliau mengambil keputusan untuk menyertai satu syarikat MLM kehidupan beliau benar-benar berubah...sempat juga aku mencatatkan perbualanku dengan sahabat tersebut. Sebelum terlupa orang tersebut hanya saya namakan sebagai zizul.

JUTAWAN KLINDAHAU: Lama menghilang? apa awak buat sekarang?

ZIZUL : Bukan menghilang, tapi merantau mencari dan menimba ilmu untuk mengubah kehidupan.

JUTAWAN KLINDAHAU : Apa pekerjaan dilakukan sekarang?

ZIZUL : Hhhmm...(termenung seketika) banyak pekerjaan yang sudah saya lakukan, tetapi belum dapat memberikan kepuasan dalam hidup. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berniaga, tapi nak berniaga apa?(Beliau menarik nafas panjang, sebelum sambung perbualanya) akhirnya saya bertemu seorang kawan yang mengajak saya menyertai 1 syarikat mlm bumiputra.Pada mulanya saya tidak yakin dengan plan serta produk yang ditawarkan, akan tetapi selepas menyertai 1 seminar telah mengubah minda saya 100%.

JUTAWAN KLINDAHAU : Wahh...nampak hebat , boleh terangkan secara terperinci...?

ZIZUL : Dalam kehidupan ini kita sebagai manusia diberikan 1 kuasa yang tiada pada makhluk lain, iaitu kuasa MEMILIH.kita ambil contoh Burung, kehidupan seharian pagi terbang dari sarang keluar mencari makanan, petang balik kesarang memberi makan kepada anak-anak. Bolehkan burung2 ini memilih untuk pergi berniaga? atau kerja mengambil upah daripada burung lain? tentunya tidakkan?

JUTAWAN KLINDAHAU: Cuba terangkan, aku semakin tidak faham.

ZIZUL: Itulah kelebihan kita sebagai manusia. bukankah kita ini sebaik-baik kejadian.
Dengan kuasa memilih itulah saya memilih untuk menyertai bidang MLM, akhirnya apa yang saya cari-cari dalam hidup saya perolehi dalam MLM ini.Bahkan ia mengajar saya tentang diSebalik kesukaran ada kesenangan.

JUTAWAN KLINDAHAU : Apa pencapaian yang diperolehi setakat ini?

ZIZUL : Dalam hidup ini, apalah gunanya kekayaan yang dimiliki, seandainya hanya diri sendiri saja yang merasai. Bahkan kekayaan itu sendiri tidak memberikan apa-apa pertolongan kepada keluarga sendiri. Dalam bidang MLM ini, untuk berjaya kita kena jayakan orang lain dulu, begitu juga untuk jadi kaya, kita kena kayakan orang lain dulu. Setakat ini saya baru berjaya mencapai pangkat pertengahan dalam MLM ini dan berpendapatan 4 angka, saya yakin dan percaya, saya sekarang ini dalam perjalanan menuju kepuncak. Ini bukan angan-angan, tapi impian yang nyata.

JUTAWAN KLINDAHAU : anda sungguh bersemangat, teruja aku dibuatnya. boleh teruskan?
(oleh kerana banyak benda rahsia yang tak dapat saya terbitkan atas permintaan beliau, hanya setakat ini saja catatan yang aku dapat siarkan.)

PENGAJARAN : Untuk berjaya dan senang dalam hidup kita kena hadapi susah dan gagal terlebih dahulu.

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan