Wednesday, May 2, 2012

PRU-13 SAPA DAN APA PILIHAN ANDA??

Hari ni dah masuk hari kedua dibulan MEI..... kalau ikut jangkaan PRU 13 akan berlangsung pada bulan JUN nanti. Bulan Hadapan. Bila berlaku bulan hadapan. maknanya kemungkinan bulan ni akan berlaku PEMBUBURAN.... atau hanya jangkaan semata-mata.. Aku tak mahu bicara soal menyeluruh, yg aku nak katakan kali ini soal PARLIMEN P166 Labuan. Tempat tumpah darahku.... Bagi Kerusi ni, Penyandangnya adalah YB Datuk Yussof Hj.Mahal, yang mewakili calon BN pada PRU yang lalu. Sama ada beliau terpilih atau tidak, aku tak mahu katakan. Itu hanya PM saja yang tahu. Persoalannya adalah, apakah kita sudah benar2 bersedia untuk menghadapi PRU kali ini. Apakah faktor Parti masih menjadi pilihan kita? atau kali ini, kita lebih menilai kepada Calon yang bertanding tak kira ia dari Parti Mana??!!! Itu adalah hak individu. Hak masing2....sapa pun pilihan anda...apa pun parti pilihan anda. itu hak anda. Undi adalah Rahsia. Cuma ingin aku kongsikan, jangan buat pilihan berdasarkan marah dan dendam bila kita tidak puas hati dengan mana2 Calon yang bertanding. Fikirlah sedalamnya tentang masa depan untuk generasi anak-anak kita. Sekali salah kita buat keputusan...selamanya kita akan menyesal. Nilailah dengan menggunakan akal dan fikiran yang waras, yang pasti pilihanlah calon yg benar2 boleh berjuang utk rakyat dan parti yang benar2 menjaga kepentingan rakyat.....

No comments:

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan