salam Perjuangan... apa khabar? moga sentiasa dalam rahmat ilahi.
Sudah lama aku tidak menulis dalam blog ini, terlalu banyak perkara
yang aku kena harungi dan selesaikan 1 persatu.
Bicara soal perjuangan, aku masih dengan matlamatku untuk bergelar Jutawan.
tidak sedikit pun berubah(kecuali atas ketentuan Ilahi)
Syukur, Alhamdulilah... dalam pada aku berada dalam kekusutan, akhirnya
aku dipertemukan dengan seorang Insan yang cukup hebat. Beliau bukan saja
kaya, akan tetapi seorang yang cukup warak. Di kesempatan aku bersamanya
selama berberapa minggu, banyak ilmu aku belajar dari beliau.
Barulah aku temui jawapan kenapa aku masih belum kaya-kaya lagi sehingga sekarang,
bahkan bukan saja aku akan tetapi semua manusia yang belum mencapai kejayaan.
Sebabnya kita belum kenal diri lagi, oleh kerana kita belum kenal diri maka kita
belun kenal Maha Pencipta, bukan apa, kalau kita belum kenal diri, kita akan jadi lupa diri, bila kita diberikan kekayaan oleh Yang Maha Esa.
Bagaimana caranya untuk mengenal diri?
Bab akan datang aku akan kongsikan 12 Bab yang aku belajar
dari seorang Kiyai daripada Indonesia yang cukup luar biasa
Kekayaan yang dimilikinya.
salam.....Ingat Jujur, Ingat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment