Selagi Nyawa dan Nafas terus berdetik dan menghembus.... pejuangan ini tak akan terhenti.....
Monday, April 9, 2012
Jiwa yang mahukan Ketenangan....
Arrgghhh..............!!!!!!!!!!!!!
Semenjak dua menjak ni....aku bnr2 tensin tahap dewa 38...
kerja yang tak pernah2 nak selesai...
seingat aku dari tahun lepas hingga kini......sedari habis cuti raya
aku belum menikmati REHAT yang sebenar2 REHAT.....
Kalaulah ketika ini aku bisa...berbaring diatas tilam yang empuk
disalah sebuah resort di Pulau Kapalai di Sempurna Sabah....alangkah indahnya ketika ini....tpi semuanya aku terpaksa tangguhkan dulu...bila dari hari ke sehari...
semakin bnyk tugasan hendak diselesaikan.....
Apa yang mampu aku lakukan....hanya merenung wajah ini.....
ya
yang pastinya aku tak akan bisa miliki hatinya......
Majlis Penerangan Perdana Peringkat WP Labuan
Minggu ni, minggu yang akan membuatkan aku sibuk sesibuknya lagi....dengan Program Majlis Penerangan Perdana yang akan berlangsung.....
Thursday, April 5, 2012
Perkhidmatan Feri Labuan – Menumbuk
Satu-satu jalan penghubung menggunakan Kenderaan antara Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah ialah perkhidmatan Feri Labuan-Menumbuk. Walau ada beberapa kaedah atau kemudahan yang dapat dipilih, sama ada melalui Udara dan Air, akan tetapi hanya perkhidmatan feri ini sajalah yang dapat digunakan untuk membolehkan masyarakat kedua-dua Negeri berhubung melalui jalan darat.
Syarikat yang telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhidmatan ini adalah Labuan Feri Copration milik anak tempatan. Bahkan perkhidmatan ini yang sudah beroperasi hampir 30 tahun.
Melalui perkhidmatan inilah, segala barangan keperluan harian seperti bahan makanan, sayur-sayuran, Gas Memasak , Bahan binaan dan sebagainya dibawa masuk dari tanah besar Sabah. Jadi tidak hairanlah mengapa harga barang dan makanan yang terdapat di Labuan agak mahal berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia, memandangkan kos pengangkutan yang menyebabkan perkara ini berlaku, walau Labuan dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai.
Perkhidmatan Feri yang menawarkan perjalanan sejauh 13.7 KM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 45 minit. Dengan kekuatan 2 Feri yang beroperasi setiap hari, iaitu Feri Wawasan Perdana dan Feri Warisan Perdana yang mampu menampung 1000 orang penunpang dan 70 buah kenderaan dalam satu-satu masa.
Walau beroperasi dengan menggunakan 2 buah feri, perkhidmatan ini masih belum mampu menampung permintaan orang ramai yang akan bertambah terutama dalam musim perayaan. Menyedari perkara ini, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil langkah untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat lain bagi menampung dan memberikan kemudahan kepada penumpang.
Akan tetapi hasrat dan tindakan Kerajaan ini, akhirnya menjadi isu hangat dikalangan masyarakat tempatan dan pengguna , oleh kerana syarikat yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan tambahan masih gagal menyediakan feri baru sehingga kini. Walau permit untuk beroperasi telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun lepas. Atas masalah inilah, ianya menjadi rungutan dan isu yang sering dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahkan Kerajaan.
Wednesday, April 4, 2012
KONONNYA DUIT RAKYAT.......
DUIT RAKYAT!!!!
Apa sebenarnya yang dikatakan duit rakyat???
sentimen ini selalu dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang, kononnya apa saja Bantuan dan Kebajikan yang diberikan kepada Rakyat...dikatakan DUIT RAKYAT????
Gaji Menteri?
Jalanraya?
Kemudahan asas?
Gaji Kakitangan awam?
Program Komuniti?
dan macam-macam lagi dikatakan DUIT RAKYAT!!!!!!!!
tapi kalau diimbas dan dikaji balik, berapa ramai antara kita yang benar-benar menyumbang dengan wang, maka dipanggil duit rakyat?????
Apakah dengan membayar cukai kenderaan setiap tahun.....perbaharui lesen memandu setiap tahun, cukai pintu yang kita bayar setiap tahun(kadang2 langsung tak bayar),dan apa-apa saja yang kita belanjakan semuakah akan menyumbang kepada yang dikatakan DUIT RAKYAT?????
Selalunya yang membebal soal ini, adalah dikalangan mereka-mereka yang tak pernah bayar cukai, tiba-tiba pun mendabik dada mengatakan duit rakyat!!!!!!!
kalau betullah semuanya duit rakyat, maka semua yang ada membayar cukai boleh sesuka hati untuk menentukan dasar, termasuklah pecat mana-mana penjawat awam yang menjadi talibarut pembangkang disebabkan mereka pun dibayar dengan duit Rakyat...dan sebagai rakyat yang selalu membayar cukai...aku pun berhak untuk menolak pembangkang yang turut sama menggunakan DUIT RAKYAT!!!!!!!!!
Tuesday, April 3, 2012
Sungguh-sungguh mengkagumkan, bila petang itu terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang beriadah bersama pengunjung Kompleks Sukan yang lain.
Setelah lama tiada masa untuk beriadah, petang minggu lepas penulis berpeluang untuk turun beriadah kerana tiada apa-apa yang hendak dilakukan petang tersebut. Setelah hampir 3 bulan, penulis begitu sibuk dengan tugasan harian ditambah tugas untuk kerja-kerja kemasyarakatan yang semakin hari semakin bertambah-tambah.
Tanpa membuang masa, penulis terus menghampiri kumpulan remaja ini, yang berseronok dengan menampilkan pelbagai reka bentuk basikal yang begitu unik untuk penulis jadikan bahan bagi artikel kali ini. Menyedari akan kehadiran peserta yang petang itu, memakai t-shirt tertulis Logo IPD Labuan, membuatkan remaja-remaja itu ingin melarikan diri, mungkin menyangkakan penulis adalah anggota polis yang ingin menyoal siasat mereka. ( Maklumlah aksi-aksi seperti yang dipertontonkan petang itu seakan aksi-aksi bahaya yang selalu dilakukan oleh mat rempit)
Setelah menerangkan sapa sebenarnya penulis barulah remaja-remaja ini memberikan kerjasama kepada penulis untuk mengambil gambar sekaligus menceritakan serba sedikit tentang hobi unik mereka ini. Salah seorang dari remaja ini, yang lebih selesa dipanggil Don, memberitau bahawa hobi basikal unik ini bermula dari tahun 2010, dan sehingga kini mereka sudah ada hampir 60 buah basikal yang telah diubah suai menggunakan bahan-bahan besi yang terbuang dan terpakai.
Memudahkan mereka lagi katanya, menurut Don, yang bertindak sebagai jurucakap sekaligus ketua kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bad Boys", segala kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dikawasan Kedai Aksesori Kereta milik ayahnya yang terdapat di Labuan. katanya lagi, semua reka bentuk basikal merupakan idea mereka sendiri selain mendapatkannya dari laman web untuk menambahkan lagi citra rasa untuk membuat pengubahsuaian.
Sehingga kehari ini katanya, mereka sering kali dijemput untuk menyertai mana-mana program dan majlis sama ada anjuran Kerajaan , Swasta dan NGO'S yang terdapat di Labuan. Cerita terbaru katanya, mereka telah dipelawa oleh Kelab Rakan Muda Labuan untuk bernaung di bawah Kelab ini, dan mereka turut ditawarkan menjadi Sukarelawan Rakan Muda di Labuan.
Seramai lebih kurang hampir 100 orang ahli yang telah turut serta dalam kumpulan ini yang majoriti umur diantara 14 hingga 18 tahun, dan Don menambah akan mensasarkan lebih ramai remaja-remaja diluar sana untuk menyertai kumpulan mereka ini, agar lebih banyak idea dan pendapat akan diberikan bagi membolehkan mereka akan terus kreatif mengubahsuai basikal. Diakhir pertemuan petang itu, sekali lagi penulis teruja dengan aksesori tambahan yang terdapat pada basikal remaja ini yang lainnya macam Hon seperti bunyi Lori dan lampu liplap yang berwarna warni.
Sebelum beredar petang itu, penulis sempat memberikan kata-kata semangat kepada remaja ini agar terus melahirkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan basikal yang unik ini dan berpesan agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan bila berada di Jalanraya agar tidak menyusahkan pengguna jalaraya lain selain menjaga keselamatan supaya kejadian tidak diingini akan berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan







