Thursday, April 5, 2012

Perkhidmatan Feri Labuan – Menumbuk

Satu-satu jalan penghubung menggunakan Kenderaan antara Wilayah Persekutuan Labuan dengan tanah besar Sabah ialah perkhidmatan Feri Labuan-Menumbuk. Walau ada beberapa kaedah atau kemudahan yang dapat dipilih, sama ada melalui Udara dan Air, akan tetapi hanya perkhidmatan feri ini sajalah yang dapat digunakan untuk membolehkan masyarakat kedua-dua Negeri berhubung melalui jalan darat. Syarikat yang telah diamanahkan untuk mengendalikan perkhidmatan ini adalah Labuan Feri Copration milik anak tempatan. Bahkan perkhidmatan ini yang sudah beroperasi hampir 30 tahun. Melalui perkhidmatan inilah, segala barangan keperluan harian seperti bahan makanan, sayur-sayuran, Gas Memasak , Bahan binaan dan sebagainya dibawa masuk dari tanah besar Sabah. Jadi tidak hairanlah mengapa harga barang dan makanan yang terdapat di Labuan agak mahal berbanding dengan tempat-tempat lain di Malaysia, memandangkan kos pengangkutan yang menyebabkan perkara ini berlaku, walau Labuan dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai. Perkhidmatan Feri yang menawarkan perjalanan sejauh 13.7 KM akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam 45 minit. Dengan kekuatan 2 Feri yang beroperasi setiap hari, iaitu Feri Wawasan Perdana dan Feri Warisan Perdana yang mampu menampung 1000 orang penunpang dan 70 buah kenderaan dalam satu-satu masa. Walau beroperasi dengan menggunakan 2 buah feri, perkhidmatan ini masih belum mampu menampung permintaan orang ramai yang akan bertambah terutama dalam musim perayaan. Menyedari perkara ini, pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil langkah untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat lain bagi menampung dan memberikan kemudahan kepada penumpang. Akan tetapi hasrat dan tindakan Kerajaan ini, akhirnya menjadi isu hangat dikalangan masyarakat tempatan dan pengguna , oleh kerana syarikat yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan tambahan masih gagal menyediakan feri baru sehingga kini. Walau permit untuk beroperasi telah dikeluarkan pada bulan Mac tahun lepas. Atas masalah inilah, ianya menjadi rungutan dan isu yang sering dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahkan Kerajaan.

Wednesday, April 4, 2012

KONONNYA DUIT RAKYAT.......

DUIT RAKYAT!!!! Apa sebenarnya yang dikatakan duit rakyat??? sentimen ini selalu dimainkan oleh pihak-pihak pembangkang, kononnya apa saja Bantuan dan Kebajikan yang diberikan kepada Rakyat...dikatakan DUIT RAKYAT???? Gaji Menteri? Jalanraya? Kemudahan asas? Gaji Kakitangan awam? Program Komuniti? dan macam-macam lagi dikatakan DUIT RAKYAT!!!!!!!! tapi kalau diimbas dan dikaji balik, berapa ramai antara kita yang benar-benar menyumbang dengan wang, maka dipanggil duit rakyat????? Apakah dengan membayar cukai kenderaan setiap tahun.....perbaharui lesen memandu setiap tahun, cukai pintu yang kita bayar setiap tahun(kadang2 langsung tak bayar),dan apa-apa saja yang kita belanjakan semuakah akan menyumbang kepada yang dikatakan DUIT RAKYAT????? Selalunya yang membebal soal ini, adalah dikalangan mereka-mereka yang tak pernah bayar cukai, tiba-tiba pun mendabik dada mengatakan duit rakyat!!!!!!! kalau betullah semuanya duit rakyat, maka semua yang ada membayar cukai boleh sesuka hati untuk menentukan dasar, termasuklah pecat mana-mana penjawat awam yang menjadi talibarut pembangkang disebabkan mereka pun dibayar dengan duit Rakyat...dan sebagai rakyat yang selalu membayar cukai...aku pun berhak untuk menolak pembangkang yang turut sama menggunakan DUIT RAKYAT!!!!!!!!!

Tuesday, April 3, 2012

Sungguh-sungguh mengkagumkan, bila petang itu terserempak dengan sekumpulan remaja yang sedang beriadah bersama pengunjung Kompleks Sukan yang lain. Setelah lama tiada masa untuk beriadah, petang minggu lepas penulis berpeluang untuk turun beriadah kerana tiada apa-apa yang hendak dilakukan petang tersebut. Setelah hampir 3 bulan, penulis begitu sibuk dengan tugasan harian ditambah tugas untuk kerja-kerja kemasyarakatan yang semakin hari semakin bertambah-tambah. Tanpa membuang masa, penulis terus menghampiri kumpulan remaja ini, yang berseronok dengan menampilkan pelbagai reka bentuk basikal yang begitu unik untuk penulis jadikan bahan bagi artikel kali ini. Menyedari akan kehadiran peserta yang petang itu, memakai t-shirt tertulis Logo IPD Labuan, membuatkan remaja-remaja itu ingin melarikan diri, mungkin menyangkakan penulis adalah anggota polis yang ingin menyoal siasat mereka. ( Maklumlah aksi-aksi seperti yang dipertontonkan petang itu seakan aksi-aksi bahaya yang selalu dilakukan oleh mat rempit) Setelah menerangkan sapa sebenarnya penulis barulah remaja-remaja ini memberikan kerjasama kepada penulis untuk mengambil gambar sekaligus menceritakan serba sedikit tentang hobi unik mereka ini. Salah seorang dari remaja ini, yang lebih selesa dipanggil Don, memberitau bahawa hobi basikal unik ini bermula dari tahun 2010, dan sehingga kini mereka sudah ada hampir 60 buah basikal yang telah diubah suai menggunakan bahan-bahan besi yang terbuang dan terpakai. Memudahkan mereka lagi katanya, menurut Don, yang bertindak sebagai jurucakap sekaligus ketua kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bad Boys", segala kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan dikawasan Kedai Aksesori Kereta milik ayahnya yang terdapat di Labuan. katanya lagi, semua reka bentuk basikal merupakan idea mereka sendiri selain mendapatkannya dari laman web untuk menambahkan lagi citra rasa untuk membuat pengubahsuaian. Sehingga kehari ini katanya, mereka sering kali dijemput untuk menyertai mana-mana program dan majlis sama ada anjuran Kerajaan , Swasta dan NGO'S yang terdapat di Labuan. Cerita terbaru katanya, mereka telah dipelawa oleh Kelab Rakan Muda Labuan untuk bernaung di bawah Kelab ini, dan mereka turut ditawarkan menjadi Sukarelawan Rakan Muda di Labuan. Seramai lebih kurang hampir 100 orang ahli yang telah turut serta dalam kumpulan ini yang majoriti umur diantara 14 hingga 18 tahun, dan Don menambah akan mensasarkan lebih ramai remaja-remaja diluar sana untuk menyertai kumpulan mereka ini, agar lebih banyak idea dan pendapat akan diberikan bagi membolehkan mereka akan terus kreatif mengubahsuai basikal. Diakhir pertemuan petang itu, sekali lagi penulis teruja dengan aksesori tambahan yang terdapat pada basikal remaja ini yang lainnya macam Hon seperti bunyi Lori dan lampu liplap yang berwarna warni. Sebelum beredar petang itu, penulis sempat memberikan kata-kata semangat kepada remaja ini agar terus melahirkan idea-idea kreatif dalam menghasilkan basikal yang unik ini dan berpesan agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan bila berada di Jalanraya agar tidak menyusahkan pengguna jalaraya lain selain menjaga keselamatan supaya kejadian tidak diingini akan berlaku.

Simulasi Pilihanraya....

Sungguh melucukan.... itulah yang mampu dicoretkan bila melihat telatah para peserta program Transformasi Generasi Muda peringkat Wp Labuan 2012 yang lalu. Bila diajukan persoalan, berapa ramai yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya? dan berapa ramai yang pernah mengundi untuk pilihanraya yang lalu. Ternyata hanya beberapa orang sahaja yang pernah terlibat untuk pilihanraya sebelum ini, dan majoritinya adalah mereka-mereka yang baru pertama kali terlibat sebagai pemilih dan petugas pilihanraya. Seramai 40 orang peserta yang menyertai program ini, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan dan 1 kumpulan daripada parti pemerintah, dan 1 kumpulan lagi mewakili pembangkang. Sebelum pilihanraya dijalankan, para peserta diarahkan untuk melantik beberapa petugas termasuklah calon untuk mewakili parti yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan untuk bertugas mewakili parti masing-masing. Bermacam-macam gelagat sempat dirakamkan yang berlaku dikalangan peserta, dan tidak ketinggalan juga gelagat peserta yang bertindak kempen menggunakan khidmat pesanan ringkas(sms) seoalah-olah demam pilihanraya benar-benar berlaku. Bertambah melucukan bila parti-parti yang bertanding sudah memulakan perang poster dan edaran risalah, walaupun penamaan calon belum diadakan. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu, juga turut diisi dengan pelbagai program dan salah satunya adalah Simulasi Pilihanraya yang diadakan pada malam terakhir program. Setelah sessi Penamaan Calon diadakan, maka kedua-dua parti yang bertanding telah mempertaruhkan calon masing-masing, dan salah satu calon yang bertanding merupakan Penghulu atau Ketua Peserta dalam program ini. Keadaan bertambah kelam kabut bila mana majoriti peserta yang terlibat malam itu termasuk beberapa orang peserta yang menjadi pencadang dan penyokong kepada calon yang bertanding tidak membawa Kad Pengenalan, kerana kebanyakkan peserta lebih selesa meninggalkan Kad Pengenalan di bilik penginapan,dan ini menjadikan mereka terpaksa berlari balik ke bilik untuk mengambil Kad Pengenalan sebab pihak Suruhanjaya Pilihanraya yang terdiri daripada Urusetia Program tidak membenarkan mana-mana pemilih untuk membuang undi seandainya tidak menunjukkan Kad Pengenalan. Selain dari kempen merayu undi dikalangan peserta sendiri, pihak urusetia juga tidak ketinggalan dikempen oleh para peserta kerana semua yang terlibat dalam program ini adalah pengundi.Disaat akhir kempen, para calon diberikan peluang untuk memberikan ucapan tentang matlamat pejuangan parti masing-masing dan merayu undi kepada semua yang terlibat.Keadaan menjadi lebih gamat, bila kedua-dua calon menggunakan pentas ceramah yang sama untuk menyampaikan ucapan. Dipenghujung sessi pada malam terakhir itu, pengundian telah diadakan. Ia dimulakan oleh kedua-dua calon yang bertanding turut membuang undi dan menggunakan peti undi yang sama, setelah itu pengundian diteruskan dengan semua peserta dan yang terakhir membuat pembuangan undi adalah dikalangan urusetia program. Setelah selesai semua membuang undi, maka tibalah masanya untuk pengiraan undi yang turut diwakili oleh kedua-dua parti politik. Hasil dari pengiraan yang telus dan adil malam itu, maka keputusan pun diperolehi, dimana parti pemerintah telah memenangi simulasi pilihanraya malam itu hasil daripada undi para urusetia. Apa yang melucukan bila terdapat 3 undi rosak yang ditulis macam-macam ayat dan perkataan. Selesai Simulasi malam itu, dapat disimpulkan bahawa, rata-rata peserta amat teruja dan seronok menjalankan latihan dalam kumpulan(LDK) dalam program ini.Ia juga dapat memberikan gambaran sebenar kepada semua peserta akan suasana pilihanraya yang sebenar. Walau pilihanraya yang diadakan ini cuma dalam masa yang singkat. Diakhir program Kem Komandan program mengingatkan kepada parti-parti yang bertanding agar membersihkan poster-poster yang ditampal sebelum diambil tindakan......hehehehehe

PROGRAM TRANSFORMASI GENERASI MUDA 2012

Beberapa minggu lalu, aku terlibat sepenuhnya menguruskan program ini. Banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku dapat hasil dari program yang meninggalkan banyak kenangan manis kepada aku. Apapun untuk kali ini, inilah hasilnya.....

Monday, April 2, 2012

Salam 1 Malaysia..... Lama rasanya dah tak up date blog ni..... oleh kerana dah lama tak update.... tu yg sekarang ni aku buat Transformasi siap ada pic dgn PM....nak juga rasa gambar disamping Pemimpin Negara yang disayangi ni.... Insyallah selepas berlaku transfromasi ni....aku akan rajin utk update blog ini walau tiada sapa yang sudi untuk membacanya....

Monday, December 20, 2010

Melahirkan anak Muda yg Berjaya....

teringgat akan pepatah Arab...."Melainkan dilahirkan semula adalah lebih mudah menolak masuk seekor unta ke dalam lubang jarum daripada melihat manusia itu berjaya...Itulah realitinya...Kita sering dan mudah untuk memberi alasan, apabila menghadapi sesuatu kegagalan dan halangan....jarang sekali kita berusaha mencari jalan atau cara untuk mengatasi dan keluar dari kegagalan dan halangan yg kita hadapi. Jangan dikira berapa kali anda jatuh, akan tetapi lihatlah bagaimana kita bangun dan bangkit dari kegagalan itu...Lebih banyak kegagalan yg kita perolehi , lebih banyak yg kita akan belajar dan akan menjadikan kita insan yg tabah dalam menempuhi liku-liku yang mendatang....Apa yg penting, Usaha, Bertindak , Berdoa dan seterusnya Bertawakkal kehadrat Ilahi....

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan