Tuesday, April 3, 2012

Simulasi Pilihanraya....

Sungguh melucukan.... itulah yang mampu dicoretkan bila melihat telatah para peserta program Transformasi Generasi Muda peringkat Wp Labuan 2012 yang lalu. Bila diajukan persoalan, berapa ramai yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya? dan berapa ramai yang pernah mengundi untuk pilihanraya yang lalu. Ternyata hanya beberapa orang sahaja yang pernah terlibat untuk pilihanraya sebelum ini, dan majoritinya adalah mereka-mereka yang baru pertama kali terlibat sebagai pemilih dan petugas pilihanraya. Seramai 40 orang peserta yang menyertai program ini, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan dan 1 kumpulan daripada parti pemerintah, dan 1 kumpulan lagi mewakili pembangkang. Sebelum pilihanraya dijalankan, para peserta diarahkan untuk melantik beberapa petugas termasuklah calon untuk mewakili parti yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan untuk bertugas mewakili parti masing-masing. Bermacam-macam gelagat sempat dirakamkan yang berlaku dikalangan peserta, dan tidak ketinggalan juga gelagat peserta yang bertindak kempen menggunakan khidmat pesanan ringkas(sms) seoalah-olah demam pilihanraya benar-benar berlaku. Bertambah melucukan bila parti-parti yang bertanding sudah memulakan perang poster dan edaran risalah, walaupun penamaan calon belum diadakan. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam itu, juga turut diisi dengan pelbagai program dan salah satunya adalah Simulasi Pilihanraya yang diadakan pada malam terakhir program. Setelah sessi Penamaan Calon diadakan, maka kedua-dua parti yang bertanding telah mempertaruhkan calon masing-masing, dan salah satu calon yang bertanding merupakan Penghulu atau Ketua Peserta dalam program ini. Keadaan bertambah kelam kabut bila mana majoriti peserta yang terlibat malam itu termasuk beberapa orang peserta yang menjadi pencadang dan penyokong kepada calon yang bertanding tidak membawa Kad Pengenalan, kerana kebanyakkan peserta lebih selesa meninggalkan Kad Pengenalan di bilik penginapan,dan ini menjadikan mereka terpaksa berlari balik ke bilik untuk mengambil Kad Pengenalan sebab pihak Suruhanjaya Pilihanraya yang terdiri daripada Urusetia Program tidak membenarkan mana-mana pemilih untuk membuang undi seandainya tidak menunjukkan Kad Pengenalan. Selain dari kempen merayu undi dikalangan peserta sendiri, pihak urusetia juga tidak ketinggalan dikempen oleh para peserta kerana semua yang terlibat dalam program ini adalah pengundi.Disaat akhir kempen, para calon diberikan peluang untuk memberikan ucapan tentang matlamat pejuangan parti masing-masing dan merayu undi kepada semua yang terlibat.Keadaan menjadi lebih gamat, bila kedua-dua calon menggunakan pentas ceramah yang sama untuk menyampaikan ucapan. Dipenghujung sessi pada malam terakhir itu, pengundian telah diadakan. Ia dimulakan oleh kedua-dua calon yang bertanding turut membuang undi dan menggunakan peti undi yang sama, setelah itu pengundian diteruskan dengan semua peserta dan yang terakhir membuat pembuangan undi adalah dikalangan urusetia program. Setelah selesai semua membuang undi, maka tibalah masanya untuk pengiraan undi yang turut diwakili oleh kedua-dua parti politik. Hasil dari pengiraan yang telus dan adil malam itu, maka keputusan pun diperolehi, dimana parti pemerintah telah memenangi simulasi pilihanraya malam itu hasil daripada undi para urusetia. Apa yang melucukan bila terdapat 3 undi rosak yang ditulis macam-macam ayat dan perkataan. Selesai Simulasi malam itu, dapat disimpulkan bahawa, rata-rata peserta amat teruja dan seronok menjalankan latihan dalam kumpulan(LDK) dalam program ini.Ia juga dapat memberikan gambaran sebenar kepada semua peserta akan suasana pilihanraya yang sebenar. Walau pilihanraya yang diadakan ini cuma dalam masa yang singkat. Diakhir program Kem Komandan program mengingatkan kepada parti-parti yang bertanding agar membersihkan poster-poster yang ditampal sebelum diambil tindakan......hehehehehe

PROGRAM TRANSFORMASI GENERASI MUDA 2012

Beberapa minggu lalu, aku terlibat sepenuhnya menguruskan program ini. Banyak pengalaman dan pembelajaran yang aku dapat hasil dari program yang meninggalkan banyak kenangan manis kepada aku. Apapun untuk kali ini, inilah hasilnya.....

Monday, April 2, 2012

Salam 1 Malaysia..... Lama rasanya dah tak up date blog ni..... oleh kerana dah lama tak update.... tu yg sekarang ni aku buat Transformasi siap ada pic dgn PM....nak juga rasa gambar disamping Pemimpin Negara yang disayangi ni.... Insyallah selepas berlaku transfromasi ni....aku akan rajin utk update blog ini walau tiada sapa yang sudi untuk membacanya....

Monday, December 20, 2010

Melahirkan anak Muda yg Berjaya....

teringgat akan pepatah Arab...."Melainkan dilahirkan semula adalah lebih mudah menolak masuk seekor unta ke dalam lubang jarum daripada melihat manusia itu berjaya...Itulah realitinya...Kita sering dan mudah untuk memberi alasan, apabila menghadapi sesuatu kegagalan dan halangan....jarang sekali kita berusaha mencari jalan atau cara untuk mengatasi dan keluar dari kegagalan dan halangan yg kita hadapi. Jangan dikira berapa kali anda jatuh, akan tetapi lihatlah bagaimana kita bangun dan bangkit dari kegagalan itu...Lebih banyak kegagalan yg kita perolehi , lebih banyak yg kita akan belajar dan akan menjadikan kita insan yg tabah dalam menempuhi liku-liku yang mendatang....Apa yg penting, Usaha, Bertindak , Berdoa dan seterusnya Bertawakkal kehadrat Ilahi....

Saturday, October 9, 2010

SALAM PERJUANGAN...

Salam penghujung shawal...kepada yang dah melaksanakan puasa sunat 6 tahniah...semoga amalan anda diterima oleh yang maha esa. Bermulanya bulan baru dalam takwin hijrah, semoga kita bertambah cekal dalam menghadapi liku-liku hidup yang mendatang. Apatah lagi kita mempunyaai impian untuk bergelar JUTAWAN. Jadi Orang gedik gitu loh... siapa yang tidak mahu kaya? dan siapa pula yang mahu hidup miskin? tepuk dada tanya iman. Apa seronoknya hidup miskin, apa lagi hidup jadi orang miskin yang menyusahkan. Kan lebih baik jadi kaya, sekurang-kurangya tak menyusahkan orang, bahkan banyak membantu orang. Itulah sebabnya kenapa kita harus jadi JUTAWAN, dan selepas ini jika ada rakan-rakan anda OFFER anda 1 peluang untuk merubah hidup anda, kaji dan selidik kemudian sertai terus...sebab lebih baik gagal mencuba daripada tidak mencuba langsung. Takut untuk gagal? berapa kali dalam hidup anda daah menghadapinya. apa nak takut lagi. kata-kata keramat seorang Jutawan melayu yang pernah menyentuh diri ini:-" APA BENTUK KESUSAHAN & KEGAGALAN LAGI YANG BELUM KITA RASA ,SEMUANYA SUDAH KITA LALUI, CUMA MERASA KESENANGAN DAN KEJAYAAN LAGI YANG BELUM KITA RASAI, APA SALAHNYA MENCUBA PELUANG INI... kata-kata tersebut diluahkan kepada Isterinya yang menghalangnya untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaa sebelum beliau benar-benar bergelar JUTAWAN.

Friday, October 8, 2010

"SUDAH LAMA TIDAK KETEMU"

Salam murah rezeki...syukur alhamdulilah,aku masih diberikan kesempatan untuk terus mencurahkan sesuatu dalam blohs ini, rasanya sudah lama tidak bersama, semenjak wujudnya FB...blogs aku kurang utk meninjau.

Monday, March 29, 2010

SALAM KEKAYAAN

Asalamulaikum wrt....

lamanya aku tak update blogs ni, terlalu bz dgn bidang perniagaan baru aku. Memang bnr kata2 mereka yang berjaya dalam perniagaan, ada 4 aliran perniagaan yang pasti akan membuatkan saluran wang berjalan lancar, salah satunya perniagaan kedai makan.
Alhamdulilah.....setelah 4 bulan operasi aku sudah merasa betapa seronoknya bisnes jual makan & minum ni... cuma sekarang ni aku tutup sementara waktu restoran aku kerana ada hal nak diselesaikan....dan inilah langkah awal untuk aku bergelar JUTAWAN MUDA DI BUMI WP LABUAN.......

SALAM PERJUANGAN

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan