Monday, July 30, 2012

Tranformasi ke Reformasi????

Rasanya sudah lebih 3 tahun Program Transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan melalui Era Kepimpinan Perdana Menteri ke-6 YAB Dato Seri Najib Abd.Razak. Bermacam-macam program dan pendekatan yang diperkenalkan dan dilancarkan yang semuanya memang menjurus untuk mendahulukan rakyat sesuai dengan Gagasan 1Malaysia "Rakyat diDahulukan Pencapaian Diutamakan. Melalui gagasan inilah program-progra Tranformasi Kerajaan dengan jenama 1Malaysia semakin mendapat sambutan dan perhatian oleh rakyat Negara ini. Dari soal Kesihatan, Produk Harian, Rumah mampu milik, dan bermacam-macam lagi yang telah diperkenalkan melalui program Transformasi ini. Begitu juga dengan pendekatan YAB Perdana Menteri yang terus-terusan mendekati dan mendahulukan rakyat dengan caranya yang memang sangat-sangat dikagumi. Tanpa menghiraukan status sebagai Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib sering dilihat akan turun padang bersemuka sendiri dengan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama ataupun fahaman politik. Bahkan adakalanya YAB Perdana Menteri turut bersama-sama rakyat dengan aktiviti yang diadakan tanpa mengira Protokol sebagai Pemimpin No.1 Negara. Semangat dan perubahan yang diperkenalkan oleh beliau telah berjaya memenangi hati rakyat seperti yang pernah digambarkan oleh seorang penulis dalam biografi PM, Negara DiMinda Rakyat Dijiwa. Akan tetapi sejauh mana perubahan atau transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ini dapat dituruti atau diamalkan oleh Pemimpin-Pemimpin Negara atau Negeri yang lain? apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat dibawah Parti Kerajaan dapat mencontohi paling tidak mengikut cara YAB Perdana Menteri mendekati rakyat? Apa yang sering kita tonton dan lihat saban hari, masih ada segolongan pemimpin-pemimpin ini masih Ego dan Sombong dengan status selaku Yang Berhormat AKA YB disesetengah tempat dan kawasan. Perangai dan Sikap merasakan diri besar dan berkuasa masih ada dikalangan pemimpin kita yang rasa belum faham apa yang dimaksudkan "RAKYAT DIDAHULUKAN".Lebih parah dan malang ada segelintir Pemimpin yang langsung tak boleh terima teguran dan pandangan rakyat mengenai corak kepimpinannya. Rasa Pemimpin-pemimpin golongan ini lupa yang tempat mereka berada sekarang datang dari hasil undian dan sokongan rakyat yang memberikan Undi pada Pilihanraya sebelum ini. Apakah faktor ini akan menyumbang kemenangan kepada Kerajaan BN untuk menghadapi PRU-13 yang semakin dekat? Rakyat sudah semakin bijak untuk menilai dan memilih Pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan tahu mendengar dan menyelesaikan maklumat rakyat. Bukannya Pemimpin yang hanya pandai menjaga status VVIP nya sehingga membezakan rakyat biasa dalam apa-apa jua keadaan. Sudah sampai masanya, Tranformasi yang dibawa dan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dapat dihayati secara menyeluruh, bukan sahaja oleh Pemimpin yang memegang Jawatan Menteri akan tetapi wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat pada PRU yang lalu. Kalau ini dapat direalisasikan, rasanya andai esuk atau lusa diumumkan pembubaran Parlimen, dan berlaku PRU-13, bukan saja majoriti 2/3 dapat diperolehi, akan tetapi kemenangan secara total akan dapat dikecapi.

Saturday, July 28, 2012

BN PASTI KEKAL DI PARLIMEN P166 LABUAN

Wuaaahhhhhhhhhhahahahahah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ibarat lebih kuah dari isi...... ibarat pakai kredit dikatakan postpaid.... ITULAH REALITI DAPAT DIGAMBARKAN KEPADA PARTI PEMBANGKANG DI LABUAN..... berangan2 disiang hari mahu merampas Labuan dari BN.... Soal menentukan Calon pun belum selesai..... inikan pula mahu memenangi hati pengundi..... BALIK CERMIN MUKA DI SIDE MIRROR LAH OIIIIII!!!!!!!

KEMBARA JALUR GEMILANG DAN RAMADHAN 2012

Friday, July 20, 2012

KONVOI RAMADHAN 2012

Deretan Kenderaan yang menyertai Konvoi Ramadhan, Kembara Merdeka tahun ini.
Majlis Pelepasan Konvoi oleh YB.Datuk Yussof Hj.Mahal, Ahli Parlimen Labuan

Monday, July 16, 2012

Wednesday, July 4, 2012

Layar Gergasi yang menayangkan perlawanan Akhir pada pagi itu

Labuan Negeriku.....

Labuan Negeriku.....
pandangan bandar Labuan